kenapa manusia cepat sangat berubah? perlu ke jadi diri orang lain? kenapa kena tipu diri sendiri and tipu semua orang? perlu ke benda kecik nak di besarkan? and perlu ke bagitahu semua orang pasal benda yang tak penting and tak masuk akal. kalau nak burukkan orang lain biar la bertempat. tengok orang nak diburukkan and tengok jugak orang nak dengar cerita bodoh tu. and cermin dulu diri sendiri sebelum nak cerita or dekat orang lain, tak payah nak tunjukkan diri bodoh jadi ss. kenapa orang selalu mengaku diri dia tu mahal sedangkan dia tunjuk yang diri dia tu jauh lebih murah? kalau nak berubah pasal seseorang baik tak payah. kalau pergaulan tu tak berbatas jangan la tunjuk yang diri tu baik sangat. kalau baik sangat mulut tu jaga, pergaulan lelaki and perempuan pun kena la jaga, sikap tu kena la jaga. kenapa orang selalu gunakan air mata untuk tarik perhatian orang ramai? jangan la bazirkan air mata tu semata mata nak tarik perhatian orang, tak de guna sebab orang akan lagi menyampah dengan sikap orang yang suka bazir air mata tu. perlu ke gunakan mata yang dianugerahkan oleh Allah untuk jeling dekat orang? tak perlu la nak buat mata tu jadi besar sedangkan mata tu kecik untuk jeling dekat orang, sebab orang yang dijeling tu hanya akan gelakkan gelagat orang yang menjeling tu sahaja. kenapa kena jadi diri orang lain? tak boleh ke jadi diri sendiri, jaga la sikap tu. kalau nak gelak, nak cakap, nak buat something tu tengok tengok la orang sekeliling jangan sampai diri tu jadi bahan untuk orang mengumpat. perlu ke mengumpat orang yang tak pakai tudung? kalau pakai tudung semata mata malu dengan orang sekeliling, ikut isu semasa, pakai sebab seseorang, sama jugak baik tak payah pakai, kalau nak pakai kena la ikhlas dari diri kita sendiri.
"sorry bukan nak kutuk but it realiti"